Tuesday 29 November 2011

Tanda cinta anda?



Orang tua itu menggaru-garu rambut kepalanya yang tak seberapa nak gatal. Dia bingung dan tidak mengerti. Baginya, anaknya yang kini telah menginjak usia dewasa itu benar-benar berkelakuan aneh lagi pelik pada pandangannya sebagai seorang manusia.

Betapa tidak. Dia jarang sekali berada di rumah. Datang pada siang hari hanya sekadar untuk makan, kemudian menghilang lagi. Nanti petang pula, terkadang dia tidak akan pulang. Entahlah apa yang dikejarnya diluar sana.

Tidak jarang telefon berdering di rumah itu hanya untuk menanyakannya. Biasanya puan ibu yang akan dicari oleh temannya, untuk mengajak puan ibu itu berjalan-jalan di luar sambil membeli-belah sakan di pasaraya x.

Puan ibu pernah juga memecah masuk secara curi-curi ke bilik si pemuda untuk mencari petunjuk-petunjuk tertentu tentang apa yang disebokkan oleh anaknya, mengalahkan Perdana Menteri Timor Leste lagaknya. Tetapi di kamarnya hanya dijumpai buku dan majalah islam yang berselerakan. Beberapa mushaf Al-Quran yang tersusun rapi di tepi meja. Beberapa peralatan lain di dalamnya adalah papan tulis (hm, sejak bila nak jadi cikgu?), meja, almari (dan peralatan lain yang sesuai di dalam bilik).

Puan ibu teringat, selalu juga rakan-rakan si anak datang memberi salam kemudian si anak membawa rakan-rakannya ke halaman yang sememangnya luas (ada riak di situuu). Puan ibu juga selalu je bagi duit belanja kepada si anak. Tapi, puan ibu tak faham, kenapa si anak tetap jugak selalu kehabisan duitnya. Tapi, alhamdulillah, si anak bukanlah seorang anak yang suka meminta duit kepada ibunya, dan dia hanya akan tunggu sehingga puan ibu bertanyakan tentang kondisi kewangannya.

Mungkin puan ibu tidak tahu, bahawa si anak sedang jatuh cinta. Ya, orang kata, bila jatuh cinta, mandi bukan sahaja tak basah tapi kengkadang tak sempat, tidur tak lena, makan akan kenyang pasal dia rajin baca doa, tahu?



Siapa yang ambek hati anakku!!!!! Mungkin begitu jeritan puan ibu jika dia mengetahui anak lelaki tunggalnya ditimpa penyakit angau.

Auntie chalk  tolong jawab: DAKWAH, puan!!!

Ya, dia sudah jatuh cinta pada dakwah sehingga dia lupa segala-galanya. Di dalam hatinya hanya ada itu. Dia sanggup berkorban apa saja untuk dakwah. Dan apa yang puan ibu lihat, itulah tanda-tanda cinta..

Yp, cinta itu memerlukan bukti dan tanda. Jika tiada bukti, maka kata-kata cinta hanya tinggal mainan bicara. Kita cinta dakwah? Kita cinta islam? Kita cinta Allah? Jika ya, maka tunjukkan tanda-tandanya.

Lihat saja pada seorang pria (hehe..lelaki lah), apabila dia terjatuh kolam cinta dengan seorang gadis macho ayu dan sopan, tentulah dia akan cuba sedaya upaya untuk memikat hati gadis tersebut. Mungkin dia akan menghantar sebentuk cincin sebagai tanda cintanya? Atau, seorang lelaki yang pemalu kucing yang malu mengatakan cinta kepada si gadis atau rakan taulannya, paling kurang akan menyebut dan memuji si gadis atau keluarga si gadis. (macam ada pengalaman je Auntie chalk...heh).

Apa tanda kita cinta kepada islam? Pernah tak kita nak share dan sebarkan islam seperti kita nak share gambar yang cantik dan kita suka tengok di pesbuk? Pernah tak kita berkorban dan mengeluarkan duit kita untuk jalan nak sebarkan islam macam kita keluarkan duit keluar shoping yang menjadi kegemaran kita setiap hujung minggu? Pernah tak kita nak luangkan masa emas kita untuk mendengar pengisian agama, macam kita buangkan masa di depan laptop buka pesbuk dan belog?(sentap!!??)
Sila fikirkan, wahai auntie chalk dan semua yang diciptakan dari tanah....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...