“Saya nak kaya sekaya Robert Kuok yang mempunyai aset bernialai RM 50.04 bilion.”
“Saya berharap saya dapat memiliki rumah yang bertingkat-tingkat, et lis 4 tingkat setengah.”
“Saya berharap saya akan mendapat pekerjaan yang pames (famous), dan lebih pames dari Justin ak Bibir.”
Woooaa… Tinggi sungguh cita-cita umat zaman sekarang, melebihi bangunan pencakar awan Burj Khalifa di Dubai yang setinggi 828m, baru saja siap dibina pada tahun 2010. Hm, tak kesah la, bla..bla.. tentang bangunan ni. Pointnya, manusia zaman sekarang berlomba-lomba nak menang acara lari dalam guni berpagar 120 km. Fuh, merembes juga peluh
Jadi, apa auntie chalk nak kesahkan??? Tak kesah apa pula, auntie chalk dah merasai bahang-bahang perlumbaan peringkat rendah ini.
1. Hak di jalan raya. Terlalu semangat nak menang pertandingan, dah tak hirau lagi peraturan
2. Hak dalam menuntut ilmu. Hah, menuntut ilmu kan wajib wahai auntie chalk??? Huh, memangla wajib, dan kita pun memang tengah berlomba-lomba sapa yang akan mendapat anugerah terpandai dunia. Tapi, bahana nak pencapaian tinggi, kita sanggup dok ngutuk-ngutuk guru or lecturer yang ngajar kita. Suara tak sedaplah, tak pandai mengajarlah, hanya layan jantina lain sepisis la, bla..bla..doOOOh..
3. Hak sesama orang sebelah rumah or bilik or katil atau bahasa mudahnya jiran. Tak apa la kalau tak bagi makanan or buah tangan tiap minggu pun, tapi sekurang-kurangnya, silalah memberi senyuman yang manis walaupun senyuman inche plastik kepada mereka. Jangan diletak simen pada mulut anda, kerana simen itu akan membuatkan muka anda bertambah tua.
WOoooh, ada rasa bahang-bahang kepanasan pertandingan
Apapun cita-cita kita, auntie chalk sungguh terkesan dengan video di bawah ini. Sila ambil tisu dan letakkan di sebelah anda supaya anda tidak terminum air mata sendiri. Saksikan…
Apa perasaan anda setelah melihat video ini??? Kita umat islam zaman sekarang berebut-rebut nak emas yang bertimbun, pangkat yang pames, rumah yang bertingkat, awek or isteri yang cun melecun, gaji yang sampai kubur pun nak dibawa bersama bla..la..sehinggakan kita lupa bahawa perjalanan kita menuju ke syurga masih jauh lagi. Tak berat ke nak bawa bekalan tu semua??Lainlah amalan dan pahala yang bertimbun, takkan terasa pun (oh, ini rupanya hikmah Allah tak bagi pahala secara kupon or duit yang boleh disentuh…)
Umat islam makin tenat, wahai semua…Kita marah bila dorang hina islam kita. Kita marah kalau dorang lukis karikatur tentang Nabi kita. Tapi, lepas marah dan membebel, kita pegi makan sup ekor di warung pak cik Mat, kita membeli belah di mekdonal. Bukan auntie chalk nak suruh anda baling periuk belanga kepada musuh islam. Tapi, sekarang musuh ada di dalam diri kita sendiri. Kita banyak mengamalkan amalan syaitonirrojim di dalam kehidupan kita. Ayoh, bangkit menentang syaitonnirrojim di dalam diri, kerana di dalam diri anda ada potensi Abu Ubaidah Bin Al-Jarrah, Mu’az Bin Jabal, Ali bin Abi Tholib, dan semua sahabat Nabi…
tapi, sekiranya anda
FAHAM ISLAM!!!!
merangkak
pertandingan
masin
No comments:
Post a Comment