Monday, 21 November 2011

Dua makhluk 2

Ingat lagi tak dengan Hikayat Merong Maha Wangsa Dua makhluk yang pernah auntie chalk kongsi kan dengan readers tempoh hari??

Ok, dah cari apa udang di sebalik mee berdasarkan story tersebut?

Ok, bagus. Sila sebutkan, dan pastikan tiada orang yang nampak anda bercakap sorang-sorang, kerana tentulah orang akan memandang anda dengan pandangan senget.huhu...
Bukan....ibrahnya bukan nak menafikan, atau membidas, or memperdebatkan tentang dua orang makhluk ini.

Ok, stop! Now its my turn.

Auntie chalk tahu, semua insan yang membaca belog ini sekarang semuanya insan yang cerdik dan pintar belaka.. 2+7 berapa??? (Dan sesungguhnya soalan itu tiada kaitan dengan poin).

Dan auntie chalk percaya insan di hadapan laptop or computer yag tengah membaca bait tulisan ini sekarang tentunya mempunyai sejarah yang ingin sekali dikongsikan kepada semua orang, atau sekurangnya kepada keluarga terchenta. Contohnya dapat keputusan yang meletops masa UPSR, PMR, SPM, even masa kat universiti juga. Atau mungkin berjaya masak nasi tanpa air?? (Ada ka? Nak tips gak), atau berjaya memenangi acara lumba lari berganti-ganti dalam guni, dan bla..bla....

Dan apa lagi, bila dapat semua itu, masing-masing sibuk berjalan ke hulu ke hilir di sekeliling kampung, dan puan mama akan melompat girang sambil membuat pengumuman, ANAK SAYA DAPAT 5A UPSR!!!!! Dan sambil itu inche papa akan menekan hon bertalu-talu bak menjual aiskrim lagaknya. Si anak pula duduk di kerusi yang dihias indah di atas kereta sambil mengembang dan mengempiskan hidungnya bangga. Ishk, bersemangat sungguh...

Begitu juga si adik, watak di dalam kesah Dua makhluk. Pada mulanya mereka dipulaukan dan dihalau daripada kampung mereka sendiri. Tetapi mereka akhirnya berjaya membuktikan bahawa impian mereka bukan sekadar impian kosong tak berisi. Mereka berjaya!!! Dan apabila mereka berjaya, mereka bukanlah menjadi makhluk yang mementingkan diri mereka sendiri,, malah mereka SEBARkan apa yang mereka tahu tentang pembikinan alat yang mereka cipta itu.

Ya..ya..itulah point nya..sebarkan...



Sebarkan apa? Sebarkan apa lagi, sebarkan dakwah, sebarkan ilmu!!! Apa yang kita perolehi untuk kebaikan itu perlu disebarkan, kerana ilmu itu bak air. Apabila air itu berada di suatu bekas, atau longkang yang tersumbat dan airnya tidak bergerak, maka air itu lama kelamaan akan jadi membusuk. Sebaliknya, air yang mengalir bukan sahaja bersih, tapi juga membersihkan.

Dan hendaklah ada di antara kamu suatu golongan yang mengajak orang berbuat baik, menyuruh mereka mengerjakan kebaikan dan melarang mereka dari berbuat kemungkaran dan hanya mereka itulah orang yang betul-betul beruntung.

                                                                                                 (Surah Al-Imran :104)

Dan tidak ada orang yang lebih baik kata-katanya dari seseorang, yang mengajak umat manusia ke jalan Allah, dan beramal soleh, dan berkata: sesungguhnya saya termasuk golongan kaum muslimin.
                                                                                                      (Surah Fussilat: 33) 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...