Sunday 27 November 2011

"Bola" KITA

Lama juga auntie chalk tak berkesempatan nak update belok kebelakangan nih. Almaklumlah, sedikit sibuk menguruskan badan pasukan Harimau Muda di dalam beberapa siri perlawanan. Errrr...motif?? 

* (skip kejap)....Apa pun, tahniah buat pasukan Harimau Muda Malaysia, kerana telah berjaya meraih pingat emas bagi sukan laut (SEA) di Indonesia, dan walaupun gagal ke Olympic, tapi apapun anda berjaya juga mengegarkan stadium..

Baiklah, dah selesai sesi ucapan penghargaan, kini tiba urusan yang paling penting, urusan yang memang takkan usai sejak azali lagi hingga ke masa yang telah ditetapkan...urusan KITA.


Arahan: Lihat dan perhatikan gambar di atas.

Apa yang dapat anda perhatikan?

Hmm, baiklah. Anda pandai main bola? Ya, pandai. Tapi auntie chalk bukan nak yang setakat pandai, tapi nak yang teror, hebat. Uh memang demand.

Macam tu jugak dengan sistem dakwah kita. Kadang-kadang, ramai ja orang bising, kenapa tak berdakwah dengan orang lain, dengan masyarakat secara umum? Kenapa nak kena pilih orang? Islam ne macam ni ke pilih orang? Tidak, dakwah untuk semua. Tapi, kena bersistem dan berperingkat. Kita tidak dapat terus ke Menara Berkembar Petronas, dan jerit..


"Wahai, masuklah kepada Islam secara keseluruhan. Jom, pergi berperang ke Palestin!!!!!".

 Tidak, bukan caranya. Peringkat pertama bagi memilih "pemain", kita kena pilih pemain yang baik, berdisiplin. Kalau kita pilih yang tak berapa pandai nak "bermain" akan melambatkan proses, di mana kita terpaksa latih pemain ini dengan latihan yang tahap tenggiling hebat. Alamatnya, Malaysia hanya akan menjaringkan gol sulung pada tahun 2020...Pemain KITA mesti mempunyai ciri yang nak faham tentang ISLAM, dan yang mempunyai pengetahuan keislaman, tapi word FAHAM itu perlu di menjadi latihan berpanjangan.

Bila sudah dipilih jadi pemain, dan dilatih hebat tahap tenggiling oleh coach / jurulatih (murabbi / murabbiah), dalam proses bulatan gembira (usrah), barulah anda sebagai pemain akan diberi peluang untuk mengikuti perlawanan bola sepak yang sangat meletihkan itu. Ya, jalan dakwah memang sangat meletihkan. Pemain perlu merebut bola (mad'u) daripada pasukan lawan (taghut). Mana taknya, sekiranya pasukan lawan (taghut) berjaya menyumbatkan gol, tentu mereka akan menebarkan bendera mereka sambil menjerit "Yeh....gol satu mangsa taghut!!!!!!!!" Alangkah bagusnya jika kita yang menayangkan bendera kita, dan menjerit dengan penuh bersemangat "Alhamdulillah...dapat satu mad'u!!!!!! Ya, kita dapat mad'u, yang akan turut memperjuangkan. Gol adalah sasaran!

Tidak jarang antara dua pasukan sama ada pasukan KITA atau pasukan lawan (taghut) membuat silap sehingga melanggar peraturan mahupun orang lain. Hidup ada peraturan, begitu juga dengan "permainan" ini. Mungkin akan dilayangkan kad hijau atau kuning, atau mungkin dianugerahkan tendangan percuma, bergantung dengan kesalahan yang dilakukan (mungkin berupa salah memberi fakta, or menunjukkan akhlak yang tidak baik ,etc)

Tapi, da'i yang baik dan bijak adalah yang tidak mudah berputus asa di atas padang. Bukan dengan menyerang semula pengadil atau futur (gugur) dalam permainan. Tapi, memperjuangkan semula apa yang patut diperjuangkan, bersama dengan rakan seperjuangan.

Biasanya pasukan lawan akan diberi satu tendangan percuma, dan auntie chalk mengandaikan tendangan itu adalah berada betul-betul di depan pintu gol. Memang sungguh mendebarkan. Semua pemain kita akan turun untuk melindungi gaung gol daripada sumbatan gol dari pihak lawan (thagut). Itulah dia yang dikenali sebagai kerjasama sepasukan JAMAAH.  Benda yang susah jika dibuat secara berjamaah akan menjadi mudah. Lainlah kalau anda kuat macam Badang. Ehee.

Kadang-kadang kita terleka sebentar, tak sedar bola (mad'u) baru sahaja melintas di depan kita, tapi kita tak rebut sehingga jatuh ke tangan taghut. Kejar, jangan tak kejar. Masa tak akan menunggu kita. Masa 90 minit permainan akan tamat, dan jangan terlalu bergantung harap dengan masa tambahan yang kita tak tahu akan diberikan atau tidak.

Jika diberikan sekalipun, mungkin hanya sekadar 1-3 minit sahaja. Wah, 1 minit begitu berharga di sana, bukan. Ya, amat dan tersangat berhaga, kerana dengan 1 minit, kita atau pasukan lawan boleh menyumbatkan beberapa gol lagi! Jadi, dalam permainan (jalan dakwah) ini, JANGAN BUANG MASA!!! Ingat!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...