Kenal tak dengan dua orang makhluk di atas? Maaf la, mereka berdua tak senyum kerana terlalu penat dan tension dengan projek penciptaan kapal terbang yang tak pandai nak terbang-terbang.
Hmmm?? Apa auntie chalk cakap ni?
Ya, diperkenalkan, inilah makhluk yang mula-mula mencipta kapal terbang (mengikut apa yang kita pelajari dari sekolah).
Al-kesah, pada satu hari, si abang berkhayal di atas pokok tentang kerjayanya sebagai penanam jagung. Adiknya pula di bawah pokok, menenangkan fikiran kerana baru sahaja putus cinta dengan minah yang tinggal di sebelah rumah mak ciknya. Dia sememangnya berniat untuk naik ke atas pokok, tetapi, dia tidak berniat langsung untuk membunuh diri.
Tiba-tiba si adik terfikir sesuatu apabila melihat
"Abang, apa perasaan burung ketika terbang?"
Abang kata: Apa hang ingat, chek ni burung ka?
Adik: Lebih kurang. Macam burung gagak tambah susu. Ehe, adik gurau ja. Teringin nak terbang macam burung.
Abang: Hah??? Apa adik ingat abang nak ikut adik meninggalkan dunia juga? Tak, tak...jalan kerjaya abang masih jauh lagi. (si abang selalu membuat spekulasi negatif terhadap adik..sob..sob..)
*Bermulalah sesi pujuk memujuk, rayu merayu, tangis menangis, dan yang seberangkatan dengannya. Dan akhirnya si abang pun membuat surat perjanjian dengan adiknya tentang perniagaan baharu mereka ini...
Dipendekkan cerita, walaupun ibu bapa, adik beradik, dan masyarakat mereka memaki hina kedua makhluk ini, sehingga mereka di buang kampung kerana memikirkan idea yang entah apa entah, mereka tetap memberi semngat antara satu sama lain bagi meneruskan perjuangan mereka yang sebenarnya belum pun bermula, kerana tiada sponser dari mana-mana syarikat mahupun kedai runcit lain. Kemudian, mereka menggunakan pelbagai cara dan eksperimen untuk menjayakan misi mereka. Antara cara yang mereka lakukan termasuklah membedah kepak burung dan meminjam sayapnya, menggunakan kertas, plastik, sampah terbuang, barang terpakai untuk dijadikan sayap, dan sebagainya.
Setelah menggunakan pelbagai cara, akhirnya
Masa tu, si adik dah terjerit melolong dah lebih kurang orang gila. Hampir saja anak burung masuk ke dalam mulutnya yang dinganga besar. Masa tu, dia nak panggil wartawan dan pemberita, suruh makhluk-makhluk itu sebarkan tentang kejayaan mereka. Suruh orang lain coba "alat" yang mereka cipta (walaupun pada ketika itu, alat itu masih belum siap sepenuhnya pown). Tapi, semangat si adik sudah melimpah ruah mendidih.
Selepas ciptaan mereka berjaya diiktiraf selamat dan dipasarkan, kedua-dua saudara ini membuka sebuah kedai runcit ala-ala Giant untuk memasarkan alatan mereka, dan si adik juga masih sempat membuka kelas tuition yang mana dia mengajarkan kaedah penciptaan alat ini, dan kelas ini hanya dibuka kepada insan terpilih sahaja..
Itulah kesahnya. Dua orang bersaudara. Dan si sini, auntie chalk terpaksa menoktahkan penulisan untuk hari ini, kerana ini adalah rancangan bersiri.
Sila korek rahsia tarbawi di sebalik kesah ini...To be continued...=)
No comments:
Post a Comment