Tuesday 29 November 2011

Tanda cinta anda?



Orang tua itu menggaru-garu rambut kepalanya yang tak seberapa nak gatal. Dia bingung dan tidak mengerti. Baginya, anaknya yang kini telah menginjak usia dewasa itu benar-benar berkelakuan aneh lagi pelik pada pandangannya sebagai seorang manusia.

Betapa tidak. Dia jarang sekali berada di rumah. Datang pada siang hari hanya sekadar untuk makan, kemudian menghilang lagi. Nanti petang pula, terkadang dia tidak akan pulang. Entahlah apa yang dikejarnya diluar sana.

Tidak jarang telefon berdering di rumah itu hanya untuk menanyakannya. Biasanya puan ibu yang akan dicari oleh temannya, untuk mengajak puan ibu itu berjalan-jalan di luar sambil membeli-belah sakan di pasaraya x.

Puan ibu pernah juga memecah masuk secara curi-curi ke bilik si pemuda untuk mencari petunjuk-petunjuk tertentu tentang apa yang disebokkan oleh anaknya, mengalahkan Perdana Menteri Timor Leste lagaknya. Tetapi di kamarnya hanya dijumpai buku dan majalah islam yang berselerakan. Beberapa mushaf Al-Quran yang tersusun rapi di tepi meja. Beberapa peralatan lain di dalamnya adalah papan tulis (hm, sejak bila nak jadi cikgu?), meja, almari (dan peralatan lain yang sesuai di dalam bilik).

Puan ibu teringat, selalu juga rakan-rakan si anak datang memberi salam kemudian si anak membawa rakan-rakannya ke halaman yang sememangnya luas (ada riak di situuu). Puan ibu juga selalu je bagi duit belanja kepada si anak. Tapi, puan ibu tak faham, kenapa si anak tetap jugak selalu kehabisan duitnya. Tapi, alhamdulillah, si anak bukanlah seorang anak yang suka meminta duit kepada ibunya, dan dia hanya akan tunggu sehingga puan ibu bertanyakan tentang kondisi kewangannya.

Mungkin puan ibu tidak tahu, bahawa si anak sedang jatuh cinta. Ya, orang kata, bila jatuh cinta, mandi bukan sahaja tak basah tapi kengkadang tak sempat, tidur tak lena, makan akan kenyang pasal dia rajin baca doa, tahu?



Siapa yang ambek hati anakku!!!!! Mungkin begitu jeritan puan ibu jika dia mengetahui anak lelaki tunggalnya ditimpa penyakit angau.

Auntie chalk  tolong jawab: DAKWAH, puan!!!

Ya, dia sudah jatuh cinta pada dakwah sehingga dia lupa segala-galanya. Di dalam hatinya hanya ada itu. Dia sanggup berkorban apa saja untuk dakwah. Dan apa yang puan ibu lihat, itulah tanda-tanda cinta..

Yp, cinta itu memerlukan bukti dan tanda. Jika tiada bukti, maka kata-kata cinta hanya tinggal mainan bicara. Kita cinta dakwah? Kita cinta islam? Kita cinta Allah? Jika ya, maka tunjukkan tanda-tandanya.

Lihat saja pada seorang pria (hehe..lelaki lah), apabila dia terjatuh kolam cinta dengan seorang gadis macho ayu dan sopan, tentulah dia akan cuba sedaya upaya untuk memikat hati gadis tersebut. Mungkin dia akan menghantar sebentuk cincin sebagai tanda cintanya? Atau, seorang lelaki yang pemalu kucing yang malu mengatakan cinta kepada si gadis atau rakan taulannya, paling kurang akan menyebut dan memuji si gadis atau keluarga si gadis. (macam ada pengalaman je Auntie chalk...heh).

Apa tanda kita cinta kepada islam? Pernah tak kita nak share dan sebarkan islam seperti kita nak share gambar yang cantik dan kita suka tengok di pesbuk? Pernah tak kita berkorban dan mengeluarkan duit kita untuk jalan nak sebarkan islam macam kita keluarkan duit keluar shoping yang menjadi kegemaran kita setiap hujung minggu? Pernah tak kita nak luangkan masa emas kita untuk mendengar pengisian agama, macam kita buangkan masa di depan laptop buka pesbuk dan belog?(sentap!!??)
Sila fikirkan, wahai auntie chalk dan semua yang diciptakan dari tanah....

Sunday 27 November 2011

"Bola" KITA

Lama juga auntie chalk tak berkesempatan nak update belok kebelakangan nih. Almaklumlah, sedikit sibuk menguruskan badan pasukan Harimau Muda di dalam beberapa siri perlawanan. Errrr...motif?? 

* (skip kejap)....Apa pun, tahniah buat pasukan Harimau Muda Malaysia, kerana telah berjaya meraih pingat emas bagi sukan laut (SEA) di Indonesia, dan walaupun gagal ke Olympic, tapi apapun anda berjaya juga mengegarkan stadium..

Baiklah, dah selesai sesi ucapan penghargaan, kini tiba urusan yang paling penting, urusan yang memang takkan usai sejak azali lagi hingga ke masa yang telah ditetapkan...urusan KITA.


Arahan: Lihat dan perhatikan gambar di atas.

Apa yang dapat anda perhatikan?

Hmm, baiklah. Anda pandai main bola? Ya, pandai. Tapi auntie chalk bukan nak yang setakat pandai, tapi nak yang teror, hebat. Uh memang demand.

Macam tu jugak dengan sistem dakwah kita. Kadang-kadang, ramai ja orang bising, kenapa tak berdakwah dengan orang lain, dengan masyarakat secara umum? Kenapa nak kena pilih orang? Islam ne macam ni ke pilih orang? Tidak, dakwah untuk semua. Tapi, kena bersistem dan berperingkat. Kita tidak dapat terus ke Menara Berkembar Petronas, dan jerit..


"Wahai, masuklah kepada Islam secara keseluruhan. Jom, pergi berperang ke Palestin!!!!!".

 Tidak, bukan caranya. Peringkat pertama bagi memilih "pemain", kita kena pilih pemain yang baik, berdisiplin. Kalau kita pilih yang tak berapa pandai nak "bermain" akan melambatkan proses, di mana kita terpaksa latih pemain ini dengan latihan yang tahap tenggiling hebat. Alamatnya, Malaysia hanya akan menjaringkan gol sulung pada tahun 2020...Pemain KITA mesti mempunyai ciri yang nak faham tentang ISLAM, dan yang mempunyai pengetahuan keislaman, tapi word FAHAM itu perlu di menjadi latihan berpanjangan.

Bila sudah dipilih jadi pemain, dan dilatih hebat tahap tenggiling oleh coach / jurulatih (murabbi / murabbiah), dalam proses bulatan gembira (usrah), barulah anda sebagai pemain akan diberi peluang untuk mengikuti perlawanan bola sepak yang sangat meletihkan itu. Ya, jalan dakwah memang sangat meletihkan. Pemain perlu merebut bola (mad'u) daripada pasukan lawan (taghut). Mana taknya, sekiranya pasukan lawan (taghut) berjaya menyumbatkan gol, tentu mereka akan menebarkan bendera mereka sambil menjerit "Yeh....gol satu mangsa taghut!!!!!!!!" Alangkah bagusnya jika kita yang menayangkan bendera kita, dan menjerit dengan penuh bersemangat "Alhamdulillah...dapat satu mad'u!!!!!! Ya, kita dapat mad'u, yang akan turut memperjuangkan. Gol adalah sasaran!

Tidak jarang antara dua pasukan sama ada pasukan KITA atau pasukan lawan (taghut) membuat silap sehingga melanggar peraturan mahupun orang lain. Hidup ada peraturan, begitu juga dengan "permainan" ini. Mungkin akan dilayangkan kad hijau atau kuning, atau mungkin dianugerahkan tendangan percuma, bergantung dengan kesalahan yang dilakukan (mungkin berupa salah memberi fakta, or menunjukkan akhlak yang tidak baik ,etc)

Tapi, da'i yang baik dan bijak adalah yang tidak mudah berputus asa di atas padang. Bukan dengan menyerang semula pengadil atau futur (gugur) dalam permainan. Tapi, memperjuangkan semula apa yang patut diperjuangkan, bersama dengan rakan seperjuangan.

Biasanya pasukan lawan akan diberi satu tendangan percuma, dan auntie chalk mengandaikan tendangan itu adalah berada betul-betul di depan pintu gol. Memang sungguh mendebarkan. Semua pemain kita akan turun untuk melindungi gaung gol daripada sumbatan gol dari pihak lawan (thagut). Itulah dia yang dikenali sebagai kerjasama sepasukan JAMAAH.  Benda yang susah jika dibuat secara berjamaah akan menjadi mudah. Lainlah kalau anda kuat macam Badang. Ehee.

Kadang-kadang kita terleka sebentar, tak sedar bola (mad'u) baru sahaja melintas di depan kita, tapi kita tak rebut sehingga jatuh ke tangan taghut. Kejar, jangan tak kejar. Masa tak akan menunggu kita. Masa 90 minit permainan akan tamat, dan jangan terlalu bergantung harap dengan masa tambahan yang kita tak tahu akan diberikan atau tidak.

Jika diberikan sekalipun, mungkin hanya sekadar 1-3 minit sahaja. Wah, 1 minit begitu berharga di sana, bukan. Ya, amat dan tersangat berhaga, kerana dengan 1 minit, kita atau pasukan lawan boleh menyumbatkan beberapa gol lagi! Jadi, dalam permainan (jalan dakwah) ini, JANGAN BUANG MASA!!! Ingat!

Monday 21 November 2011

Dua makhluk 2

Ingat lagi tak dengan Hikayat Merong Maha Wangsa Dua makhluk yang pernah auntie chalk kongsi kan dengan readers tempoh hari??

Ok, dah cari apa udang di sebalik mee berdasarkan story tersebut?

Ok, bagus. Sila sebutkan, dan pastikan tiada orang yang nampak anda bercakap sorang-sorang, kerana tentulah orang akan memandang anda dengan pandangan senget.huhu...
Bukan....ibrahnya bukan nak menafikan, atau membidas, or memperdebatkan tentang dua orang makhluk ini.

Ok, stop! Now its my turn.

Auntie chalk tahu, semua insan yang membaca belog ini sekarang semuanya insan yang cerdik dan pintar belaka.. 2+7 berapa??? (Dan sesungguhnya soalan itu tiada kaitan dengan poin).

Dan auntie chalk percaya insan di hadapan laptop or computer yag tengah membaca bait tulisan ini sekarang tentunya mempunyai sejarah yang ingin sekali dikongsikan kepada semua orang, atau sekurangnya kepada keluarga terchenta. Contohnya dapat keputusan yang meletops masa UPSR, PMR, SPM, even masa kat universiti juga. Atau mungkin berjaya masak nasi tanpa air?? (Ada ka? Nak tips gak), atau berjaya memenangi acara lumba lari berganti-ganti dalam guni, dan bla..bla....

Dan apa lagi, bila dapat semua itu, masing-masing sibuk berjalan ke hulu ke hilir di sekeliling kampung, dan puan mama akan melompat girang sambil membuat pengumuman, ANAK SAYA DAPAT 5A UPSR!!!!! Dan sambil itu inche papa akan menekan hon bertalu-talu bak menjual aiskrim lagaknya. Si anak pula duduk di kerusi yang dihias indah di atas kereta sambil mengembang dan mengempiskan hidungnya bangga. Ishk, bersemangat sungguh...

Begitu juga si adik, watak di dalam kesah Dua makhluk. Pada mulanya mereka dipulaukan dan dihalau daripada kampung mereka sendiri. Tetapi mereka akhirnya berjaya membuktikan bahawa impian mereka bukan sekadar impian kosong tak berisi. Mereka berjaya!!! Dan apabila mereka berjaya, mereka bukanlah menjadi makhluk yang mementingkan diri mereka sendiri,, malah mereka SEBARkan apa yang mereka tahu tentang pembikinan alat yang mereka cipta itu.

Ya..ya..itulah point nya..sebarkan...



Sebarkan apa? Sebarkan apa lagi, sebarkan dakwah, sebarkan ilmu!!! Apa yang kita perolehi untuk kebaikan itu perlu disebarkan, kerana ilmu itu bak air. Apabila air itu berada di suatu bekas, atau longkang yang tersumbat dan airnya tidak bergerak, maka air itu lama kelamaan akan jadi membusuk. Sebaliknya, air yang mengalir bukan sahaja bersih, tapi juga membersihkan.

Dan hendaklah ada di antara kamu suatu golongan yang mengajak orang berbuat baik, menyuruh mereka mengerjakan kebaikan dan melarang mereka dari berbuat kemungkaran dan hanya mereka itulah orang yang betul-betul beruntung.

                                                                                                 (Surah Al-Imran :104)

Dan tidak ada orang yang lebih baik kata-katanya dari seseorang, yang mengajak umat manusia ke jalan Allah, dan beramal soleh, dan berkata: sesungguhnya saya termasuk golongan kaum muslimin.
                                                                                                      (Surah Fussilat: 33) 


Saturday 19 November 2011

Dua makhluk

* Sebelum membaca, auntie chalk ingin mengingatkan, bahawa kesah di bawah bukanlah kesah benar, dan tiada kait mengait mahupun berkait dengan mana-mana makhluk (kalau dikait, hanyalah kebetulan sahaja). Walaupun demikian, mungkin kesah ini hanya mempunyai ibrah tarbawi setinggi 0.001 cm.


Kenal tak dengan dua orang makhluk di atas? Maaf la, mereka berdua tak senyum kerana terlalu penat dan tension dengan projek penciptaan kapal terbang yang tak pandai nak terbang-terbang.
Hmmm?? Apa auntie chalk cakap ni?

Ya, diperkenalkan, inilah makhluk yang mula-mula mencipta kapal terbang (mengikut apa yang kita pelajari dari sekolah).

Al-kesah, pada satu hari, si abang berkhayal di atas pokok tentang kerjayanya sebagai penanam jagung. Adiknya pula di bawah pokok, menenangkan fikiran kerana baru sahaja putus cinta dengan minah yang tinggal di sebelah rumah mak ciknya. Dia sememangnya berniat untuk naik ke atas pokok, tetapi, dia tidak berniat langsung untuk membunuh diri.

Tiba-tiba si adik terfikir sesuatu apabila melihat segerombolan  sekawan burung berterbangan ke arah barat dan menyatakan kepada abangnya.
"Abang, apa perasaan burung ketika terbang?"
Abang kata: Apa hang ingat, chek ni burung ka?
Adik: Lebih kurang. Macam burung gagak tambah susu. Ehe, adik gurau ja. Teringin nak terbang macam burung.
Abang: Hah??? Apa adik ingat abang nak ikut adik meninggalkan dunia juga? Tak, tak...jalan kerjaya abang masih jauh lagi. (si abang selalu membuat spekulasi negatif terhadap adik..sob..sob..)

*Bermulalah sesi pujuk memujuk, rayu merayu, tangis menangis, dan yang seberangkatan dengannya. Dan akhirnya si abang pun membuat surat perjanjian dengan adiknya tentang perniagaan baharu mereka ini...

Dipendekkan cerita, walaupun ibu bapa, adik beradik, dan masyarakat mereka memaki hina kedua makhluk ini, sehingga mereka di buang kampung kerana memikirkan idea yang entah apa entah, mereka tetap memberi semngat antara satu sama lain bagi meneruskan perjuangan mereka yang sebenarnya belum pun bermula, kerana tiada sponser dari mana-mana syarikat mahupun kedai runcit lain. Kemudian, mereka menggunakan pelbagai cara dan eksperimen untuk menjayakan misi mereka. Antara cara yang mereka lakukan termasuklah membedah kepak burung dan meminjam sayapnya, menggunakan kertas, plastik, sampah terbuang, barang terpakai untuk dijadikan sayap, dan sebagainya.

Setelah menggunakan pelbagai cara, akhirnya secara tiba-tiba alat yang mereka cipta itu berjaya terbang. WOoooooooh, apa lagi, melompat kegiranganlah si adik, dan hampir juga dia melompat dari "alat" ciptaan itu ke tanah. Tapi, memikirkan dia masih mahu memecahkan rekod kampung, jadi dia tak jadi untuk berbuat demikian. Si abang pula mengontrol kemachoannya, sambil tersipu malu senyum.



Masa tu, si adik dah terjerit melolong dah lebih kurang orang gila. Hampir saja anak burung masuk ke dalam mulutnya yang dinganga besar. Masa tu, dia nak panggil wartawan dan pemberita, suruh makhluk-makhluk itu sebarkan tentang kejayaan mereka. Suruh orang lain coba "alat" yang mereka cipta (walaupun pada ketika itu, alat itu masih belum siap sepenuhnya pown). Tapi, semangat si adik sudah melimpah ruah mendidih.

Selepas ciptaan mereka berjaya diiktiraf selamat dan dipasarkan, kedua-dua saudara ini membuka sebuah kedai runcit ala-ala Giant untuk memasarkan alatan mereka, dan si adik juga masih sempat membuka kelas tuition yang mana dia mengajarkan kaedah penciptaan alat ini, dan kelas ini hanya dibuka kepada insan terpilih sahaja..

Itulah kesahnya. Dua orang bersaudara. Dan si sini, auntie chalk terpaksa menoktahkan penulisan untuk hari ini, kerana ini adalah rancangan bersiri.
Sila korek rahsia tarbawi di sebalik kesah ini...To be continued...=)

Saturday 12 November 2011

Bersedia saja...

Huh, dapat bayang apa auntie chalk tengah buat sekarang???
Lebih kurang macam Encik atas ni buat, tengah tahan mengantuk buat kerja. NgantOk sangat taip kerja yang berbentuk esei, tapi, bila taip butir-butir huruf untuk belok ni, rasa sedikit segar pula (sedikit jak, jadi kalau banyak salah eja, harap dimaafkan ek).

Minggu ni, auntie chalk buat persediaan untuk berperang pen dan pensil atas meja (exam).. Ingat auntie yang tua ni, tak ada exam lagi ke? Tak kisah la hok yang tuh.

Nak dijadikan cerita, tengah semua orang juling mata sampai terbalik baca buku, tetiba Kerajaan Melayu Lama Institut (pentadbiran tempat auntie chalk belajar) suruh auntie chalk dengan kengkawan yang sama usia tua dengan auntie berkumpul dengar ceramah. Hairan juga, kenapa pula kami yang perlu menadah telinga dengar bebelan nasihat-nasihat itu.

Dengan rasa rela paksa, semua orang pergi juga ke program yang kami sendiri tak tahu hujung pangkalnya...

Jeng..jeng..

Dan di sana baru kami tahu, bahawa Kerajaan Melayu Lama yang memberi masalah di siniiiiiiii (stress sampai berlari-lari kat gelanggang tennis.)

Okeh, dah duduk balik. Sila bertendang.. Diulangi, sila bertendang.


(Masih dalam keadaan tenat kerana nafas masih tersekat-sekat dan mata pula makin kelat)...
Kerajaan Melayu Lama sepatutnya sudah menjalankan program yang sungguh bermanafaat itu pada sebelum ini. Tapi, atas alasan banyak kekangan, terpaksa tangguh...tangguh..tangguh, sampailah sekarang. Mahu tak mahu, kami dengar juga benda-benda tu semua, dan dengan konfiden auntie chalk macam orang tsiqah dan kuat ingatan, auntie chalk dengar ja, dan tak tulis note langsOOOng pun.
Rasanya, masa tu semua orang marah yang teramat kepada pihak yang bertanggungjawab dan rasa macam nak main lastik jadi macam burung marah (angry bird).

Tapi, rupanya amat berguna juga ceramah yang disampaikan walaupun banyak juga unsur nonsense di situ. eheh..

Walaupun semua orang pada masa tu dah macam goku yang nak berubah menjadi gogeta pasai pihak tutttt buat program last minute, tapi sebagai seorang *$%#@* (profesion auntie chalk), orang islam, khalifah, daie (dan profesion yang lain juga boleh join setapak kaki), kita perlu bersedia dengan benda dan makhluk yang last minute (tapi, ini tak termasuk dengan amalan last minute dekat nak nazak ye).

Kita perlu bersedia kerana bila-bila masa hadeq-hadeq bulatan gembira kita tak dapat join nak p buat penanda arasan (jaulah),
kena bersedia kalau tetiba hujan, dan tak dapat nak bawa hadeq-hadeq kita mandi air terjun,
kena bersiap sedia, mungkin lepas kita balik dari oversea yang masa di sana kita senang jek dapat tarik orang lain join bulatan gembira kita, tapi bila balik negara sendiri rasa susah pula,
kena bersedia kalau tetiba kita disuruh menyampaikan Ini Peranan Kita (IPK) pasai penceramah yang dijemput jatuh sakit.
Kena bersedia....mana tahu, mungkin semalam adalah hari terakhir kita beriadah bersama dengan rakan sebulatan gembira....ntah siapa pergi dahulu......

Thursday 10 November 2011

Dihempap rambutan?

Salam to all readers..
Malam ni, auntie chalk nak bercerita satu kesah (ala2 cerita kepada budak2 yang nak tidur malam lagaknya). Saja nak menghiburkan badan diri selepas habis membaca.

Ceritanya begini:

Satu hari yang riang gembira, Pak Mat berjalan-jalan melepaskan lelah setelah mengalirkan peluh mengusahakan tanamannya. Dia duduk di bawah sebuah pohon buah rambutan yang merah meranum (yang melelehkan air liur sehingga menjilat jari kaki kesedapannya). Berdekatan dengan pohon rambutan itu juga, ada ditanam buah labu (agak banyak dan besar jugak). Al-kesah, Pak Mat terfikir, kenapa la buah yang sedap seperti rambutan tu, kecil buahnya, dan labu yang tak berapa nak sedap sampai tak laku, besar pula (Pak Mat tak suka makan labu).

“Huh, tak adil sungguh”, dalam hati Pak Mat.



Lama juga dia fikir tentang buah, sampai akhirnya dia pun terlelap. Dalam tidur Pak Mat dia mimpi macam2…dah hampir sampai New York, memanjat The Statue of Liberty ditemani dengan burung gagak hitam (mimpi itu hanya tokok tambah auntie chalk).

Tiba-tiba, sebiji buah rambutanburuk jatuh menghempap di atas kepala Pak Mat. Terkejut beruk Pak Mat…Sedang Pak Mat masih rasa mamai baru bangun dari tidur dan menggosok kepalanya yang tak gatal sangat itu, baru dia terfikir sebab buah rambutan lebih kecil berbanding buah labu.

Cuba bayangkan, kalau labu yang jatuh menggantikan rambutan tadi. Bukan sahaja kepala Pak Mat pecah, buah labu pun pecah akibat keberatan badan buah itu sendiri.

Kesian rambutan kena pijak oleh makhluk yang lebih besar (manusia or haiwan), kalau saiz rambutan yang kecil itu letak dan tanamnya di tanah. Mesti kita tidak berpeluang makan rambutan, dan mungkin juga harga rambutan seikat lebih mahal dari harga beras sekampit. shk ishk ishk…

Adilnya Allah. Dia tahu pohon itu tempat berteduh. Dia tahu Pak Mat akan stay bawah pokok untuk berehat, dia tahu Mak Limah akan stay di sana untuk berteduh dari panas, Dia tahu Doremon, Nobita, dan Sizuka akan bermain di bawah pokok, Dia tahu auntie chalk akan menulis belok di bawah rendangan pohon. Kalau buah labu jatuh dari atas pokok, alamat semua pokok yang ada di dunia ini ditebang kerana didakwa sebagai ancaman yang merbahaya berbanding denggi….hehe..

Perlumbaan berlomba-lomba

“Saya nak jadi Muslim yang pertama yang mengepalai rumah putih (White House)”

“Saya nak kaya sekaya Robert Kuok yang mempunyai aset bernialai RM 50.04 bilion.”

“Saya berharap saya dapat memiliki rumah yang bertingkat-tingkat, et lis 4 tingkat setengah.”

“Saya berharap saya akan mendapat pekerjaan yang pames (famous), dan lebih pames dari Justin ak Bibir.”


Woooaa… Tinggi sungguh cita-cita umat zaman sekarang, melebihi bangunan pencakar awan Burj Khalifa di Dubai yang setinggi 828m, baru saja siap dibina pada tahun 2010. Hm, tak kesah la, bla..bla.. tentang bangunan ni. Pointnya, manusia zaman sekarang berlomba-lomba nak menang acara lari dalam guni berpagar 120 km. Fuh, merembes juga peluh kepenatan.

Jadi, apa auntie chalk nak kesahkan??? Tak kesah apa pula, auntie chalk dah merasai bahang-bahang perlumbaan peringkat rendah ini.

1. Hak di jalan raya. Terlalu semangat nak menang pertandingan, dah tak hirau lagi peraturan pengguna jalan raya lain. Jangan kan nak ekot peraturan, nak patuhi sunnah (bagi salam kepada yang tak berkenderaan pun tak). Nak kata pengguna jalan raya kita sekarang tak diberitahu tentang peraturan jalan raya, mustahil pula. Kan dah menghabiskan duit untuk tu sampai berjutaanberibu ringgit. Atau mungkin umat Malaysia la ne kurang kesedaran sivik a.k.a tak makan saman, pasal dorang suka makan sambal belacan (tak ada kaitan pun…) Ntahla..

2. Hak dalam menuntut ilmu. Hah, menuntut ilmu kan wajib wahai auntie chalk??? Huh, memangla wajib, dan kita pun memang tengah berlomba-lomba sapa yang akan mendapat anugerah terpandai dunia. Tapi, bahana nak pencapaian tinggi, kita sanggup dok ngutuk-ngutuk guru or lecturer yang ngajar kita. Suara tak sedaplah, tak pandai mengajarlah, hanya layan jantina lain sepisis la, bla..bla..doOOOh..

3. Hak sesama orang sebelah rumah or bilik or katil atau bahasa mudahnya jiran. Tak apa la kalau tak bagi makanan or buah tangan tiap minggu pun, tapi sekurang-kurangnya, silalah memberi senyuman yang manis walaupun senyuman inche plastik kepada mereka. Jangan diletak simen pada mulut anda, kerana simen itu akan membuatkan muka anda bertambah tua.

WOoooh, ada rasa bahang-bahang kepanasan pertandingan larian berganti-ganti peringkat international ini? Macam arnab dan kura-kura (kesah dongeng masa kecik) pula lagaknya…
Apapun cita-cita kita, auntie chalk sungguh terkesan dengan video di bawah ini. Sila ambil tisu dan letakkan di sebelah anda supaya anda tidak terminum air mata sendiri. Saksikan…


Apa perasaan anda setelah melihat video ini??? Kita umat islam zaman sekarang berebut-rebut nak emas yang bertimbun, pangkat yang pames, rumah yang bertingkat, awek or isteri yang cun melecun, gaji yang sampai kubur pun nak dibawa bersama bla..la..sehinggakan kita lupa bahawa perjalanan kita menuju ke syurga masih jauh lagi. Tak berat ke nak bawa bekalan tu semua??Lainlah amalan dan pahala yang bertimbun, takkan terasa pun (oh, ini rupanya hikmah Allah tak bagi pahala secara kupon or duit yang boleh disentuh…)

Umat islam makin tenat, wahai semua…Kita marah bila dorang hina islam kita. Kita marah kalau dorang lukis karikatur tentang Nabi kita. Tapi, lepas marah dan membebel, kita pegi makan sup ekor di warung pak cik Mat, kita membeli belah di mekdonal. Bukan auntie chalk nak suruh anda baling periuk belanga kepada musuh islam. Tapi, sekarang musuh ada di dalam diri kita sendiri. Kita banyak mengamalkan amalan syaitonirrojim di dalam kehidupan kita. Ayoh, bangkit menentang syaitonnirrojim di dalam diri, kerana di dalam diri anda ada potensi Abu Ubaidah Bin Al-Jarrah, Mu’az Bin Jabal, Ali bin Abi Tholib, dan semua sahabat Nabi…

tapi, sekiranya anda

 FAHAM ISLAM!!!!
merangkak
pertandingan
masin

Wednesday 9 November 2011

Air oh air...


macam mana air tak ada (entah2 auntie chalk n the geng ), eh sudah laaaa..
uh, susah jugak tak ada air ni, mandi tak dapat, makan minum pun susah apa taknye, tak dapat nak cuci beras ni. Bukan tu saja, nak wuduk pun susah. Terpaksa nak kena cari air tempat lain. Terpaksalah ambil air di bawah. Tapi, itu tak ada masalah sangat kot, yang pentingnya, macamana nak cuci beras ni???

Hah? Auntie chalk punya rumah di tempat tinggi (ada la dalam 3 tingkat), sebab tu air tak naik. Kat bawah ade je pun, air tu (walaupun sikit juga). Ntah la, masalah tekanan air kot. Almaklumlah, tinggal eh, tingkat atas.

Adoh, stress auntie chalk kalau macam ni. WOooooo…nak mandi neeeeeeehhhhh (bayangkan macamana anda stress tahap gaban).

Uh,
Baru tak ada air dah stress (sila buat muka menyampah terhadap sampah). Eh, agak-agaknya kalau auntie chalk ikut rombongan (bukan rombongan meminang) Muhajirin berhijrah dari Makkah ke
Madinah, auntie chalk stress tak?

Hmmm, tahan cabaran tak ada air pun dah bising, mesti kena tinggal di padang pasir. Hm, itulah kita sekarang. Gula naik harga sikit… bising, tak ada air sikit…. bising, anak tak lulus cemerlang…bising, remaja tak bermoral sekarang…bising, …bising. opss..

Bukan nak kata apa, (takkan nak kata umat Malaysia kot), tahu nak mengomplen ja kerja. Kalau dalam bahasa omputeh apa?? (Comment?) Sebab tu di FB pun, asyik2 nak mengomen, tak ada pula ruang lain kan (kalau ada pun, ruang apa??) Eh, sambung, boleh la kita nak komen pasal benda yang dicipta manusia, contohnya sistem U or syarikat, pasal bagi auntie chakl, komen anda perlu untuk penambahbaikkan. Tapi, masalahnya kalau sampai hukum dan undang-undang Allah pun nak dipertikaikan apa kes???Nak salahkan mulut yang mengomen atau akal yang tak nak berfikir? Adush.

Setiap apa yang dihukumkan Allah pasti ada hikmah yang tersendiri. Takkan Dia suruh wanita tutup aurat kalau tak ada sebabnya? Takkan Allah perintahkan kita baca dan tadabbur ayat jika tiada rasionalnya? Takkan Allah turunkan agama Islam di Makkah kalau tiada sebabnya?

Kenapa Allah turunkan Islam di Makkah, dan bukan di Malaysia, ek??? (Dah UMAT Malaysia banyak komplain???) Uhu, sekadar gurauan. Takkan semua mak cik kapur (Auntie chalk) nak sumbat kan..???Baca saja buku Fiqh Sirah Karya Muhammad Said Ramadan al-Buthi.


hatta sampai ke parlimen bising pun
atas gunung
belum bayar

Saat mengenal tarbiyyah


Saat mula mengenal tarbiyyah, auntie chalk dengan geng karas lima orang rasa sungguh blur. Entah apa-apa ntah yg murobbiah ne kata. Kami pun belajaq bendha ne jugak kat kelas dulu. Sejak kechik lagi auntie chalk tahu benda ne. Ishk, kena pegi bulatan gembira (bak kata sorang akh) yang tak berapa nak gembira pulak tuh tiap minggu. Dah la tu, kena ada tugasan pulak tu. Tapi, kami selalu jek datang lewat, selalu jek minta tangguh, selalu jek pura-pura lupa buat tugasan (tapi, kengkadang memang lupa betui pun). Dulu….

Tapi kini, setelah auntie chalk dah banyak ikut program, mini konferens (daurah), lawatan penandaarasan cm (jaulah), n bla..bla. and becampuq lagi dengan geng-geng karas dari institut lain, fuyyooh, (eh, alhamdulillah) best tahap cipan.

Ntah la, sentuhan tarbiyyah banyak mengubah manusia (sila baca ayat ini hingga ke noktahnya) dari keburukan kepada kebaikan, dari malas kepada rajin, dari kekeringan dan kekontangan kepada kesegaran, daripada kedekut kepada pemurah, daripada tak pandai nak mengurus masa kepada pandai dan bijak lagi tu untuk mengurus masa, daripada tak berapa pandai nak bersosial (hanya dengan yang sama jantina ye, yang berlawanan tidak diajar) kepada manusia yang sangat bijak dan pandai bergaul.
Alhamdulillah, best.

Saat mengenal tarbiyyah, auntie chalk dan geng karas tidak menyedari bahawa kami sebenarnya ketika itu sedang kehausan. Pabila gelas tarbiyyah mendatangi kami, pada mulanya kami masih ragu-ragu (nak minum atau tidak?). Masa tu, murrobbiah kami memperkenalkan dan mempromosikan bahawa air yang di dalam gelas tarbiyyah itu bukannya air sabun, atau air clorox stokin. Tapi, itu hanya air sejuk sebagai pelepas dahaga kami setelah berjalan panjang mencari entah apa2 entah.

Tarbiyyah itu mengajar kami kehidupan, mengajarkan kami tentang cinta, dan menunjukkan kepada kami bahawa cinta kepada Allah, Nabi Muhammad, dan agama yang dibawa oleh baginda ini, bukan hanya dengan menghafal Al-Quran dan menjawab rukun iman dan rukun islam di atas kertas semata.
Auntie chalk qoute dari sebuah blog:
Tarbiyah.. adalah semacam pelepas dahaga bagi kami, ia memancarkan air ia memancarkan cahaya untuk menembus langsung pada jiwa-jiwa kami. Tarbiyah adalah pendidikan namun bukan hanya terhenti pada titik itu, ia melepaskan jiwa yang tadinya hanya terbelenggu oleh mata “dunia” saja menjadi jiwa yang mampu menaklukkan dunia dengan satu tujuan yakni Ridha Allah SWT.
Lalu seperti apa tarbiyah itu? Tarbiyah itu membuat jiwa yang kering menjadi basah, membuat jiwa yang lemah menjadi kuat. tarbiyah yang kami dapatkan bukanlah hanya sekedar transfer pengetahuan, namun juga berikut aplikasi dari ‘ilmu itu. Tarbiyah yang kami jalani adalah tarbiyah yang hidup di tengah-tengah kehidupan kami, bukan hanya saat pertemuan pekanan yang disebut liqo’ namun tarbiyah itu ada pada kami walaupun kami hanya sendirian.

Secubit ajinamoto


“salam auntie chalk . Maaf, ana tak dapat join usrah hari ni. Baru balik dari outing.”
“salam. Asifah, tak dapat join daurah. Ada keja belum siap lagi”
ouct…..bila saja mesej ini yang terpapar di muka handphone burukku, tipula kalau auntie chalk kata ok jek. Masa tu, Tuhan sahaja yang tahu betapa oh, hina dina dan lemahnya diriku ini ya Rabbbbbbb….

Apa tidaknya, saat itu, auntie chalk akan merasa detik kegagalan dan rasa macam dunia ne, oh, malampau pulak. Ibarat bilik yang hanya guna lampu yang dipasang pada deepavali (mentang2 baru habis cuti depavali)… Hmmm, apa yang diri rasakan kini macam masuk ajinamoto dalam masakan jak, jika dibandingkan apa yang Rasulullah hadapi dulu. Baginda dahulu sampaikan Islam tanpa handphone, LCD, speaker, tak ada pun aktiviti macam daurah dan jaulah, tapi Baginda bijak dalam proses ta’liful qulub dengan para sahabat.

Baginda dulu, sentiasa dicemuh, dihina, diganggu semasa beribadah, malah sampai satu tahap, keluarga baginda dan umat islam dipulau. Baginda juga pernah patah gigi, luka, dan cedera ketika dihentam musuh, tak kiralah semasa baginda berdakwah di Taif, dan begitu juga semasa peperangan.
Baginda pernah berjalan dari Makkah ke Madinah dengan ditemani oleh sahabat, Abu Bakar As-Siddiq, yang perjalanan mereka sungguh jaaaaaaauh.

Tapi kita sekarang, nak beribadah dan berhenti solat semasa bermusafir pun tak ada masalah. Boleh je berhenti di mana-mana masjid. Tu pun masih bagi alasan yang tak berapa nak kukuh. Kalau tak ada masjid pun, apa salahnya berhenti solat di mana-mana? Bukan tak boleh tayammum? Sejadah tak ada? Tak logik langsung. Budak tahun 1 pun tahu manusia diciptakan dari tanah. Kenapa tak cium je tanah tu jadi sejadah??? Agak-agak lah.


Eh, itu bukan soalnya. Soalnya sekarang, kita sering sahaja merasa cepat give up apabila hadeq2 tak dapat nak join program. Uhu, ingat lah wahai auntie chalk dan anda (bertujuan menembak diri), dakwah Nabi berjalan bukan hanya 3 atau 4 tahun, dan tidak juga berhenti ketika Allah menurunkan ayat perintah untuk berdakwah secara terang-terangan. Tidak, bukan… Tarbiyyah Nabi terhadap para sahabat berlangsung lama dan panjang perjalanannya. Nabi membentuk tulang belakang yang benar benar kuat dan kukuh, supaya tulang ini mampu memberanakkan individu lain. Dan ingat, di dalam jalan dakwah ini, tidak semua manusia yang akan dibenarkan masuk ke dalam lingkungan ini. Mereka yang tersalah menyebut password yang merupakan ejaan DAKWAH tidak akan terpilih sebagai ahlinya atau penggeraknya. Eh, apa ana cakap neh???

Ok, penerangan:

di dalam jalan dakwah ini, kita akan menempuh onak duri dan halangan di dalam perjuangan. Himpitan kewangan, desakan keluarga, pelajaran, kerjaya, bla..bla..bla…banyak tak terkira, eh termasuk juga kawan-kawan. Dimudahkan cerita, tak semua yang memilih jalan dakwah akan terpilih sentiasa di jalan dakwah. Kerana desakan keluarga akan lebih meminta prioriti. Himpitan kewangan akan memberatkan hati untuk menghadiri daurah dan macam-macam, sehingga diri rasa terbeban dan merasa kalau tak join usrah, jimat duit lagi (tak boleh diamalkan. sekadar contoh semata). Dan jangan juga hanya hal yang sekecil hadeq2 tak dapat join program, kita dah nak merajuk dengan hadeq. Hey, be profesional la cket (tembak untuk diri sekali lagi). Apa salahnya naqib or naqibah tolong keluarkan belanja untuk hadeq2?? Ekeke, nampak gigi besar hadeq2 tersenyum. Senyum kene belanja nampok…
Macam tu naqib dan naqibah yang bejaq dan kreatif mengajak hadeq2. Takkan lah nak ambek bantal busuk dorang untuk join program kot?? Jangan lah hanya sedikit penolakan atau ketakterbedayaan (eh, betui ko??) hadeq2, habis periuk belanga di dapur daurah dibaling. Sekadar ketuk kuat-kuat cukuplah. Hehe, gurau jak.. Itu hanya cabaran secubit ajinamoto….

Suka ria



Alhamdulullah, masa cuti ni, auntie chalk, rakan sebulatan serta hadeq2 sempat juga berkayuh-kayuh (berjalan-jalan). Masa dipenuhi denagn bukan perkara yang sia-sia, macam cuti-cuti lain…Bak kata kawan auntie chalk, “orang muslim sentiasa busy”.. Ya, orang muslim sentiasa busy. Walaupun kami tidaklah mampu untuk pergi berperang dengan tentera Yahudi bagi mengisi masa lapang kami, tapi sekurang-kurangnya kami cuba sedaya upaya utuk mengikuti maratib amal yang telah digariskan, iaitu pembinaan individu muslim.

Eh, apa pula maksud bulatan??? dan maratib amal???
ishk, apa benda tuh??? Aduh, fening baca blog neh. Oh, bulatan tuh, bulatan gembira kami. Alah, usrah…maratib amal…?? Eh, tak best la semua auntie chalk main suap je. Kalau reader join usrah, taw lah tu…

Eh, dah keluar dari tajuk neh. Sambung sembang… Kapal ne, ada misi tertentu. Dorang belayar ke seluruh dunia untuk menyalurkan bantuan kepada orang yang tak berupaya. Tapi, memandangkan Malaysia ne negara yang berupaya, dia pun jual buku je ke sini (ehe, agaknye lah). Tapi, yang pastinya, kapal ni memang beri bantuan dengan negara miskin.

Ahli-ahli bulatan gembira kami ne, alhamdulillah telah dididik untuk menelan dan menghadam buku sebanyaknya. Agaknya, tulah semangat pergi juga ke tempat ne walaupun takda duit. Tapi, pusing punya pusing, tak ada secebis pun kertas yang mengisahkan tentang agama Islam. Yang adanya, 100% pasal agama yg lagi satu tuh… Tak la hampeh sangat, asal dapat naik kapal, begambar, n ambek ibrah dari perjalanan.

Nama kapal pun dan LOGOS HOPE. paham-paham la maksudnye… Kapal bukan sahaja memberi harapan kepada orang yang berharap untuk dapat bantuan, tapi juga, dorang ne memudahkan orang untuk mendapatkan buku pasai agama dorang!!! Eh, ada ka orang islam buat mcam neh??? (Dub, kena diri sendiri jugak~)

~menolong orang pun berat tulang….

~budaya ilmu pun hampehhh…

~sanggup sebarkan ilmu pun, tak berapa nak sanggup,

~kreatif dalam berdakwah pun….hmmm,,,ntahlah…
jadi, apa tunggu lagi??? Masa untuk berubah!!!!


“Take off your blindfolds!!! You’ve been blinded to muslim issues”….
Alhamdulillah, setelah sekian lama berhasrat untuk menulis, akhirnya auntie chalk berhasrat untuk membuka rumah yang tak seberapa ini, untuk berkongsi apa yang perlu dikongsi.Auntie chalk bukanlah orang yang layak. Walaubagaimanapun, keinginan di dalam hati, ditambahi pula dengan kewajipan berkongsi pengalaman menghasilkan penolakan motivasi di dalam diri, dan mulalah jari jemari menari mengikut rentak di atas papan keyboard.

Tarbiyyah, setelah beberapa tahun mengenali perkataan ini, kini, hati sudah jatuh cinta dengannya. Walaupun ku kira, mengenali tarbiyyah pada usia yang boleh dikira lanjut (usia belajar di campus), tetapi, alhamdulillah sekurang-kurangnya masih mengenali perkataan ini dan ingin sekali untuk berkongsi dengan semua tentang tarbiyyah, dan apa yang ku dapati di dalam dunia tarbiyyah ini….
InsyaAllah, perjalanan baru sahaja bermula….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...