Lebih kurang macam Encik atas ni buat, tengah tahan mengantuk buat kerja. NgantOk sangat taip kerja yang berbentuk esei, tapi, bila taip butir-butir huruf untuk belok ni, rasa sedikit segar pula (sedikit jak, jadi kalau banyak salah eja, harap dimaafkan ek).
Minggu ni, auntie chalk buat persediaan untuk berperang pen dan pensil atas meja (exam).. Ingat auntie yang tua ni, tak ada exam lagi ke? Tak kisah la hok yang tuh.
Nak dijadikan cerita, tengah semua orang juling mata sampai terbalik baca buku, tetiba Kerajaan Melayu Lama Institut (pentadbiran tempat auntie chalk belajar) suruh auntie chalk dengan kengkawan yang sama usia tua dengan auntie berkumpul dengar ceramah. Hairan juga, kenapa pula kami yang perlu menadah telinga dengar
Dengan rasa rela paksa, semua orang pergi juga ke program yang kami sendiri tak tahu hujung pangkalnya...
Jeng..jeng..
Dan di sana baru kami tahu, bahawa Kerajaan Melayu Lama yang memberi masalah di siniiiiiiii (stress sampai berlari-lari kat gelanggang tennis.)
Okeh, dah duduk balik. Sila bertendang.. Diulangi, sila bertendang.
(Masih dalam keadaan tenat kerana nafas masih tersekat-sekat dan mata pula makin kelat)...
Kerajaan Melayu Lama sepatutnya sudah menjalankan program yang sungguh bermanafaat itu pada sebelum ini. Tapi,
Rasanya, masa tu semua orang marah yang teramat kepada pihak yang bertanggungjawab dan rasa macam nak main lastik jadi macam burung marah (angry bird).
Tapi, rupanya amat berguna juga ceramah yang disampaikan walaupun banyak juga unsur nonsense di situ. eheh..
Walaupun semua orang pada masa tu dah macam goku yang nak berubah menjadi gogeta pasai pihak tutttt buat program last minute, tapi sebagai seorang *$%#@* (profesion auntie chalk), orang islam, khalifah, daie (dan profesion yang lain juga boleh join setapak kaki), kita perlu bersedia dengan benda dan makhluk yang last minute (tapi, ini tak termasuk dengan amalan last minute dekat nak nazak ye).
Kita perlu bersedia kerana bila-bila masa hadeq-hadeq bulatan gembira kita tak dapat join nak p buat penanda arasan (jaulah),
kena bersedia kalau tetiba hujan, dan tak dapat nak bawa hadeq-hadeq kita mandi air terjun,
kena bersiap sedia, mungkin lepas kita balik dari oversea yang masa di sana kita senang jek dapat tarik orang lain join bulatan gembira kita, tapi bila balik negara sendiri rasa susah pula,
kena bersedia kalau tetiba kita disuruh menyampaikan Ini Peranan Kita (IPK) pasai penceramah yang dijemput jatuh sakit.
Kena bersedia....mana tahu, mungkin semalam adalah hari terakhir kita beriadah bersama dengan rakan sebulatan gembira....ntah siapa pergi dahulu......
No comments:
Post a Comment