“salam auntie chalk . Maaf, ana tak dapat join usrah hari ni. Baru balik dari outing.”ouct…..bila saja mesej ini yang terpapar di muka handphone burukku, tipula kalau auntie chalk kata ok jek. Masa tu, Tuhan sahaja yang tahu betapa oh, hina dina dan lemahnya diriku ini ya Rabbbbbbb….
“salam. Asifah, tak dapat join daurah. Ada keja belum siap lagi”
Apa tidaknya, saat itu, auntie chalk akan merasa detik kegagalan dan rasa macam dunia ne, oh, malampau pulak. Ibarat bilik yang hanya guna lampu yang dipasang pada deepavali (mentang2 baru habis cuti depavali)… Hmmm, apa yang diri rasakan kini macam masuk ajinamoto dalam masakan jak, jika dibandingkan apa yang Rasulullah hadapi dulu. Baginda dahulu sampaikan Islam tanpa handphone, LCD, speaker, tak ada pun aktiviti macam daurah dan jaulah, tapi Baginda bijak dalam proses ta’liful qulub dengan para sahabat.
Baginda dulu, sentiasa dicemuh, dihina, diganggu semasa beribadah, malah sampai satu tahap, keluarga baginda dan umat islam dipulau. Baginda juga pernah patah gigi, luka, dan cedera ketika dihentam musuh, tak kiralah semasa baginda berdakwah di Taif, dan begitu juga semasa peperangan.
Baginda pernah berjalan dari Makkah ke Madinah dengan ditemani oleh sahabat, Abu Bakar As-Siddiq, yang perjalanan mereka sungguh jaaaaaaauh.
Tapi kita sekarang, nak beribadah dan berhenti solat semasa bermusafir pun tak ada masalah. Boleh je berhenti di mana-mana masjid. Tu pun masih bagi alasan yang tak berapa nak kukuh. Kalau tak ada masjid pun, apa salahnya berhenti solat di mana-mana? Bukan tak boleh tayammum? Sejadah tak ada? Tak logik langsung. Budak tahun 1 pun tahu manusia diciptakan dari tanah. Kenapa tak cium je tanah tu jadi sejadah??? Agak-agak lah.
Eh, itu bukan soalnya. Soalnya sekarang, kita sering sahaja merasa cepat give up apabila hadeq2 tak dapat nak join program. Uhu, ingat lah wahai auntie chalk dan anda (bertujuan menembak diri), dakwah Nabi berjalan bukan hanya 3 atau 4 tahun, dan tidak juga berhenti ketika Allah menurunkan ayat perintah untuk berdakwah secara terang-terangan. Tidak, bukan… Tarbiyyah Nabi terhadap para sahabat berlangsung lama dan panjang perjalanannya. Nabi membentuk tulang belakang yang benar benar kuat dan kukuh, supaya tulang ini mampu memberanakkan individu lain. Dan ingat, di dalam jalan dakwah ini, tidak semua manusia yang akan dibenarkan masuk ke dalam lingkungan ini. Mereka yang tersalah menyebut password yang merupakan ejaan DAKWAH tidak akan terpilih sebagai ahlinya atau penggeraknya. Eh, apa ana cakap neh???
Ok, penerangan:
di dalam jalan dakwah ini, kita akan menempuh onak duri dan halangan di dalam perjuangan. Himpitan kewangan, desakan keluarga, pelajaran, kerjaya, bla..bla..bla…banyak tak terkira, eh termasuk juga kawan-kawan. Dimudahkan cerita, tak semua yang memilih jalan dakwah akan terpilih sentiasa di jalan dakwah. Kerana desakan keluarga akan lebih meminta prioriti. Himpitan kewangan akan memberatkan hati untuk menghadiri daurah dan macam-macam, sehingga diri rasa terbeban dan merasa kalau tak join usrah, jimat duit lagi (tak boleh diamalkan. sekadar contoh semata). Dan jangan juga hanya hal yang sekecil hadeq2 tak dapat join program, kita dah nak merajuk dengan hadeq. Hey, be profesional la cket (tembak untuk diri sekali lagi). Apa salahnya naqib or naqibah tolong keluarkan belanja untuk hadeq2?? Ekeke, nampak gigi besar hadeq2 tersenyum. Senyum kene belanja nampok…
Macam tu naqib dan naqibah yang bejaq dan kreatif mengajak hadeq2. Takkan lah nak ambek bantal busuk dorang untuk join program kot?? Jangan lah hanya sedikit penolakan atau ketakterbedayaan (eh, betui ko??) hadeq2, habis periuk belanga di dapur daurah dibaling. Sekadar ketuk kuat-kuat cukuplah. Hehe, gurau jak.. Itu hanya cabaran secubit ajinamoto….
No comments:
Post a Comment