Saturday 3 December 2011

Tips Bulatan Gumbira!!!

Rasanya tak terlambat lagi untuk auntie chalk mengucapkan selamat tahun baru Maal Hijrah 1433H kepada semua kan? Mungkin sempena tahun baharu ini, banyak perkara yang menjadi impian. Tak kesahlah, impian anda nak jadi juara masak desa, atau pelari berganti-ganti dalam guni, atau apa-apa lagi. Tapi saya pasti, tentu yang mula bercita-cita untuk menubuhkan sebuah bulatan gumbira yang menarik dan produktif dan bombastik (opppss)...pasti akan menjadi sesuatu yang diharap, bukan?

Yep, insyaAllah saya kongsikan tips-tips nya ya. Sebelum tu, sila ambek pen dan kertas untuk menyalin, tapi, apa guna laptop anda untuk kopi n pes (copy and paste) saja....



1. Ta'liful qulub qabla ta'rif iaitu mempertatutkan hati sebelum mengenali. Bagaimana nak mempertautkan hati? Anda ada 60 saat......untuk berfikir!

Yup, alhandulillah, semua yang mengikuti bulatan gumbira ini, semuanya pintar dan kreatif belaka. Tak susah untuk dikata. Bawak aja ke warung mamak, dan bayar saja apa yang adik-adik itu pesan. Hm, jangan pula kaku dengan mereka dan hanya makan dengan lahapnya. Sila bawa bertendang bertenang dan pastikan anda kool lagi bergaya. Bawa la berborak. Ya, saya tahu rakyat Malaysia sangat berbudi bahasa...(Proses tak semestinya dengan membelanja adik-adik. Tapi boleh juga dengan cara yang lain.)

2. Ta'rif qabla takrif bermaksud mengenal sebelum memberi beban. Ya, kenali adik-adik kita sebelum memberi tugasan kepada mereka. Contoh mudah kenapa hal ini penting, mungkin salah seorang daripada mereka mempunyai minat yang mendalam tentang fotografi, jadi, kita boleh memberi tugasan yang bersesuaian tentang perkara itu, supaya dia lebih minat dengan apa yang anda sampaikan.

3. Tadarruj fi taklif. Bertahapan di dalam memberikan beban. Di dalam konteks bulatan gumbira, akh murobbi or akak murobbiah janganlah macam nak terkejar hantu sehinggakan memberi selonggok atau se rak buku sebagai tugasan mingguan, apa lagi jika itu baru minggu pertama mereka berbulatan gumbira. Takkan lari gunung dikejar kerana gunung sememangnya ditakdirkan tak ada kaki.

Baiklah, di dalam  anda berbulatan gumbira, tentu tidak jarang kita membuat program konferens riang bersama rakan lain di luar bukan? Ya, di sanalah kita mula memberikan tugas kepada adik-adik yang tersayang ini, bukan niat untuk membuli, tapi ingin merasa mereka bekerja.. Huhu, senyum sumbing di sana..
Pada peringkat pertama, adik-adik akan melihat, bagaimana akak dan kawan-kawan lain buat program. Dan untuk program akan datang, beri mereka tanggungjawab yang mudah, contohnya ajk pendaftaran, atau mungkin ajk riadah.

4. Taisir la ta'sir. Bermakna memudahkan dan bukan menyusahkan. Ya, ini juga penting. Contohnya si adik ajk makanan tak dapat hadir di dalam majlis tari menari yang anda dan rakan anda anjurkan. Di sebabkan itu adalah program anda, anda telah memarahinya, dan menyeksanya seperti dia adalah bibik yang anda upah. Kemudian, anda desak dia supaya meminta sponser dari pihak lain untuk menampung perbelanjaan makanan, membeli bahan, dan memasak untuk program itu sebagai denda dia meminta pengecualian daripada anda. Dan....sebagai akibat dari peristiwa itu, semua makanan menjadi terlalu masin akibat sumpahan tetesan ai mata si adik yang mengenangkan si murobbi or murobbiahnya yang berkeperibinatangan tak berkeperimanusiaan.

5. Targhib qabla tarhib bermaksud memberi khabar gumbira sebelum khabar buruk. Semestinya kita tidak mahu adik-adik sangat takut apabila terlihatkan batang hidung kita...atau mendengar bunyi tapak kasut kita...atau terhidu bau busuk kita....atau apabila mendengar nama kita disebut, disebabkan anda selalu membawa khabar buruk dan berita buruk kepada mereka. Perhatikan sahaja di dalam Al-Quran, Allah tidak menggunakan perkataan NERAKA di setiap tempat. Perkataan SYURGA dan gambarannya juga dinyatakan sebagai motivasi kepada mereka yang nak berusaha, tahu?

Yep, alhamdulillah setakat ini sahaja yang ingin saya kongsikan di sini. Semoga apa yang kita lakukan bukan hanya untuk kepentingan dunia, tetapi untuk DIA yang terchenta. Ameen....

1 comment:

  1. Assalamualaikum auntie.. maaf.. ambil masa yg lama untuk membalas ziarah.. =)

    oh ya... sungguh bagus perkongsian ini...

    saya suka sgt <3

    syukran kathira

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...