Monday 12 December 2011

Tiada tandas untuk mereka

Fuh, hairan.......Anda tak hairan? Kenapa ada orang lelaki yang ensom, kacak lagi bergaya sanggup membazirkan wang untuk menjadi perempuan? Dan tidak jarang juga sebenarnya kita lihat orang perempuan yang berlagak menjadi lelaki.

Kita nak gelar insan-insan ini apa ya? Mereka bukan lelaki, dan bukan juga perempuan. Saya tak dapat cari istilah yang sesuai, jadi di sini saya dengan tidak rasminya menyatakan golongan ini adalah insan yang kecelaruan identiti.



Biasanya saya suka mempamerkan gambar yang berkaitan di dalam setiap post saya. Tetapi, kali ini saya merasa agak loya dan ditakuti anda turut akan mengeluarkan cecair hijau dari mulut anda, serta anak-anak akan berlari tak henti-henti apabila melihat gambar mereka, menyebabkan laptop anda akan tidak dibuka selama 5 tahun 4 hari. Oh, tidak....

Kenapa saya menyatakan tentang hal ini hari ini?

 "Ada aku kesah?"  =  Oh, perkataan ini tidak ada kena mengena langsung, dan sungguh tidak sesuai untuk hal ini. Ya, saya memang kesah, dan sangat kesah. Nak tahu kenapa?

Pertamanya, memang Allah haramkan perlakuan mengubah ciptaan Allah. Sedangkan cabut alis yang sedikit pun sudah diharamkan, apalagi perkara yang besar?

sabda Nabi:
"Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan" - (Shahih Muslim #3966).

dan satu lagi bukti yang kita boleh lihat di dalam Al-Quran bagaimana Allah mengiktiraf insan yang bernama lelaki dan perempuan ini:
"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"

(Surah An-Nur 24:32)



Ya, anda tidak salah lihat! Tidak ada perkataan jantina lain selain lelaki atau perempuan di dalam ayat di atas. Saya ulang, TIDAK ADA!






Sebelum saya menaip post ini, saya turut mensearch tentang kenapa dorang menukar jantina. Saya masih hairan dan rasa ingin tahu itu sudah mendidih panas. Sila jangan salah paham, saya langsung tidak berminat untuk menukar jantina. 


Tahu kenapa? 


Saya takut, tiada tempat untuk saya ke tandas. Ya, ke tandas...






Hemmm, sebelum tu, saya yakin, anda di luar sana adalah orang yang kuat ingatan belaka. Ingat tak lagi semasa di kaki bangku  sekolah dahulu, ustaz atau ustazah anda tentu pernah mengatakan kita sebagai manusia ini diperbuat daripada tanah. 


*Jika tidak ada, sila rujuk kepada orang yang tahu, dan seeloknya tanya kepada guru anda dahulu, "kenapa tak bagitahu saya????". Dan percayalah, dia akan mengetuk kepala anda sebagai ubat pelupa. muahaha...


Berbalik kepada topik, kita ni sebenarnya hanya tanah je. Dan kita dinaiktinggikan sedikit martabat dengan kurniaan akal oleh Allah. Dan, penilaian manusia yang hina dina seperti kita ini, tak kesahlah manusia itu Islam atau tidak, pandai atau tidak, hitam atau sebaliknya, dan di mana-mana juga, akan menyediakan dua tandas untuk dua jantina. Tandan untuk LELAKI DAN PEREMPUAN! Ya, tiada untuk yang pondan oppps atau yang lebih tepat yang kecelaruan identiti. 


Jadi, di mana taraf orang yang kecelaruan identiti ini? Tandas tidak disediakan kepada mereka bermakna kehadiran mereka sememangnya tidak diterima sesiapa. 


Inilah sebab kenapa saya menulis artikel yang saya takuti tidak difahami ini. Saya sangat kesah akan kehadiran mereka di dunia ini, dan saya yankin begitu juga dengan anda, walaupun hanya di tandas. Kenapa tidak, bagi muslimah yang mengambil wuduk di ruang wuduk yang terbuka sudah tentu akan mengalami igauan yang ngeri apabila insan malang kecelaruan identiti masuk ke tandas dan ter...me...lihat auratnya. Oh, tidak!!!! Ya, saya merasa sangat emosi ketika ini. 


Bukanlah tujuan saya untuk meminta disediakan tandas khas kepada insan malang seperti mereka kepada jurutera pembina bangunan atau kepada Majlis Perbandaran dan sebagainya. Tapi, ingin membuat pengumuman !!!!! BAHAWA SESUNGGUHNYA TIADA JANTINA LAIN SELAIN LELAKI DAN PEREMPUAN. TANDAS PUN TIDAK ADA UNTUK ANDA WAHAI MEREKA-MEREKA!!!!

Sepanjang pencarian saya, saya ada terbaca ini....




http://grou.ps/script/talks/3603037





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...