Thursday 26 January 2012

Kami ingin keluar...

Ya, saya sangat sensitif dengan perkataan itu sejak kebelakangan ini.

Pada satu malam, saya dan seorang lagi rakan saya dijemput oleh dua orang lagi rakan kami ke sebuah bilik untuk membincangkan "sesuatu" yang saya sendiri pun tidak tahu. Pada mulanya agak tertanya-tanya dan tidak jarang saya memaksa meminta kedua rakan saya untuk menceritakan pada saya terlebih dahulu sementara menanti rakan saya yang seorang lagi belum tiba.
Dan, sememangnya hasrat saya ditolak mentah, sehinggalah akhirnya tiba juga rakan saya.

Dub, dab...Dub, dab....Lebih kurang begitulah bunyi jantung apabila ditaip di atas keyboard ini.

"Kami ingin keluar......" sampai di situ sahaja ayat yang terpacul di hujung lidah Ms. A.

Huh????Masa tu, saya sangat terkejut. Hah? Nak keluar rumah? Sehingga menjadikan ahli rumah hanya tinggal beberapa orang? Jadi, terpaksa bayar lebih untuk bulan-bulan yang akan datang? ....Itu yang ada di dalam fikiran saya pada ketika itu. Terkejut, tergamam.....

"Tidak, kami ingin keluar dari bulatan gembira". Akhirnya si kawan meluahkan apa yang terpendam di dalam hati mereka entah sejak bila.

Haaaa??? Lagilah bertambah rahang terjatuh.

.....
.....
.....



Ya, sehingga saya sendiri tidak tahu apa yang perlu saya perkatakan. Sangat sedih. Hampir sahaja mata saya merembeskan cecair yang dikeluarkan oleh anak mata. Tetai keegoan dan kekoolan saya menghalang daripada saya berbuat demikian. Pada ketika itu saya cuba untuk memikirkan sebanyak-banyak hikmah daripada kejadian tersebut, dan saya cuba untuk mempoditifkna diri sepositif yang mungkin. Dan mungkin rakan saya yang seorang lagi juga cuba membuat hal yang sama seperti saya.

Kami juga tidak melepaskan mereka dengan mudah, dan cuba bermain tarik tali secara lembut dengan mereka.

Ya, memang ada hikmah di sebalik kejadian ini. Mereka rakan sebulatan gembira kami. Semoga inilah kali terakhir saya mendengar perkataan ini dihamburkan kepada kami selepas sebelum ini juga pernah sekali oleh individu yang lain.

Mungkin mereka belum faham apa yang sebenarnya sedang kita bina, dan apa yang cuba kita bentuk. Mungkin mereka terasa terbeban dengan tanggungjawab yang banyak dan berat? Saya sendiri tidak dapat menekanya. Atau mungkin mereka sudah bosan dengan usrah???

Saya akui, saya sendiri pernah mengalami rasa yang sama, iaitu "Saya ingin keluar......"

Tapi alhamdulillah masih diberi hidayahNya untuk tetap berada di jalan ini setelah bermain tarik tali bersama dengan naqibah yang tak mengenal erti putus asa.

Rakan,
Bulatan gembira is more than pengisian. Bulatan gembira adalah pengikat ukhuwwah kita, menguat ibadah kita, bukti kita mengikut jalan Rasul.


Once kita dah keluar dari bulatan gembira, mungkin kita akan kurang memikirkan masalah umat.
Once kita dah keluar dari bulatan gembira, mungkin kemanisan ukhuwah sesama islam tak semanis pedas dahulu.
Once kita dah keluar dari bulatan gembira, tiada ingatan daripada rakan seperti dahulu.
Fikirkan lah, sahabatku.
Ya, semua orang inginkan kebaikan. Tapi, bila sudah ada kebaikan di hadapan mata, takkan tak terlintas nak merebutnya???

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...