Saturday 28 January 2012

Bila kita lengah..

Pada satu hari, Cik A dan B (bukan nama sebenar) telah mengajak adik-adik bulatan gembira mereka bershoping sakan sempena perayaan Tahu Baharu Cina meraikan "dompet tebal" mereka pada bulan itu, sambil menta'liful qulub (mempertautkan hati) dengan adik-adik yang baru sahaja ditajmik (dikumpul).

Adik-adik sangat gembira, walaupun pada mulanya agak terkejut dan..... tidak hairan mereka risau jika naqibah mereka membawa mereka berbulatan gembira (usrah) di bawah tangga shoping compleks itu, atau ada juga antara mereka yang terfikir bahawa akak naqibah mereka ingin mereka berjihad menentang musuh islam di sana ketika orang lain sibuk membeli belah. Tapi, setelah mendapat penjelasan panjang lebar dari akak-akak yang cuba membuat gimik, akhirnya mereka membuat keputusan untuk ikut keluar bersama akak nakal dengan gembira!!!


Memandangkan kedua-dua akan ini belum pun mempunyai kuda dakwah (kereta), jadi terpaksalah kesemua mereka hanya menaiki bas. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya masuk juga rezeki pak cik pemandu bas.
Nak dijadikan cerita, 4 orang adik tiba lebih awal di perhentian bas, dan mereka terus sahaja menaiki bas tersebut apabila batang hidung 2 orang akak naqibah dan 3 orang lagi akak bulatan gembira tidak kelihatan.

Pada sangkaan mereka, akak naqibah dan akak bulatan gembira sudah mendahului mereka. Tapi sebenarnya, akak naqibah terlewat beberapa minit dan sekali gus melanggar muasoffat tarbiyyah, tahu????!!!!!

Malu!!!! (eerrrrm, macam ada pengalaman je auntie chalk...)

Diteruskan cerita, disebabkan akak naqibah menyangka mereka adalah yang paling lambat (memang lambat pun...), dan yakin semua adik-adik sudah mendahului mereka, mereka pun tanpa segan silu terus menaiki bas yang seterusnya!!!!....Ya! Tanpa mengetahui sebenarnya ada lagi 3 orang ahli yang belum sampai pun ke perhentian bas itu..!!!!

Adoh, tidak lah saya mengatakan perjalanan pada hari itu tidak terancang dengan rapi, (walaupun sememangnya tak terancang pun). Apa pun, kami tetap gembira berbulatan gembira pada hari itu!! (Alamak, adakah saya terpecahkan pasu rahsia itu???Hmmm)

Kita hanya merancang, Allah menentukan. Ya, dalam perjalanan dakwah ini, kita tidak boleh lengah.

Bila kita lengah, hamasah (semangat) kita sendiri akan goyah,
Bila kita lengah, adik bulatan kita akan kurang tsiqah kepada kita,
Bila kita lengah, masyarakat akan tak percaya,
Bila kita lengah, banyak "kerja" tak akan terlaksana,
Bila kita lengah, kutu dalam masyarakat akan segera menjengah.

Ya..
Bersegeralah menuju kebaikan. Kenapa kalau orang nak berkahwin, kita akan kata "benda baik, elok dipercepatkan...", tapi tidak untuk dakwah? Sedangkan dakwah itu nadi hidup kita. "Benda baik" itu bukan hanya perkahwinan ya kawan-kawan.

Buat kita yang selalu lengah, mungkin kita tidak sedar kita lengah, atau mungkin kita sedar tapi tak kisah atas kelengahan kita yang mungkin hanya seminit. Tapi, ingatlah hai teman, bahawa seminit itu sudah cukup untuk kita menarik manusia kepada dakwah, dan boleh jadi seminit itu boleh menarik manusia kepada kekufuran, nauzubillah...

Kita lambar, orang lain dah jalan, dan ada yang dah sampai ke destinasi. Mungkinkah "orang lain" itu adalah dalam kalangan kita, atau pun "orang lain" itu adalah MUSUH ISLAM??????Fikir dan renungkan, jom...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...